tEnTaNg DiRikU

My photo
*Nurul Ain Nabilah Bt. Saini *18 Julai 1991

Monday, February 25, 2013

Al-Fatihah buat insan Mohd Syafiq Bin Azman


assalamualaikum semua
dah lama tak update blog kat Dilensa Sana Sini macam2 story nak dikongsi bersama
tapi sebelum story2 memenuhkan ruang blog ni
coretan kali ni berkisarkan perkenalan dan pemergian terakhir buat
arwah adik Mohd Syafiq Bin Azman

21/10/2011
hari pertama kaki akk menjejak kaki ke Politeknik Seberang Prai (PSP)
untuk Program Lawatan Ilmiah ke PSP

22/10/2011
hari kedua sesi perkenalan dengan JPK PSP
bila pertama kali terpandang adik
akk teringat junior akk kat PSA (kos mekanikal)
senyuman adik, sungguh manis
ramah adik, melembutkan

23/10/2011
pagi tu kami dah nak balik PSA
akk tercari2 mana adik
bila akk naik bas tu, akk ternampaka adik berlari2
adik kata adik bangun lambat pagi tu, so adik minta maaf sbb tak dpt brkfst sme, adik dh lmbt nk g kelas
sempat jugak akk minta no adik sebelum tu
on the way akk balik ke KL
adik la org pertama akk msej, kita sgt rpat mse tu dik
akk suh akk kongsi sgala aktiviti dlm JPK
adik citer psal diri adik
bila akk online, akk tunjuk kat adik gambar yang akk kata sama muka cm adik tu

25/10/2011
kali pertama kita chat kat facebook

bila akk sem 6,
adik bgtaw akk adik kena jdi pngrah program
masa tu adik tkut sgt, akk suh adik bersabar
akk kata adik mesti boleh buat yang terbaik
akk doakan yang terbaik untuk adik akk ni
adik still kata takut lagi sbb ni kali pertama adik kendalikan program
akk kata "cool yer"
akhirnya akk suh adik senyum macam ni  :)
tapi adik jelirkan lidah kat akk :p

2012
akk pegi p.pinang ngan family akk
akk ade terkol no adik kalau tak silap
lepas tu adik kol akk balik
masa tu tempat akk pegi jauh dari tempat adik
kalau tak, inshaaAllah kita boleh jumpa

15/09/2012
tu la last kita chat
akk bgtaw adik akk dapat sambung dgree
adik tny nape kat mana
akk kata kat pahang
adik kata kalau kat p.pinang boleh kita jumpa

and lepas dari tu ada sehari akk tersalah chat ngan adik
kira nya tu la yang terakhir akk berhubung ngan adik

24/02/2012
akk on9 akk terbaca berita pemergian adik dari facebook 'adhwa shamim'
masa tu akk rasa macam tak percaya
macam akk baru bangun dari mimpi
akk terus cari facebook adik, tak jumpa
akk buka facebook kawan2 adik
masa tu sume tersebar berita pemergian adik
masa tu baru akk rasa perkara ni akk perlu percaya
akk terkejut sangat
rupa nya dah 2 hari adik tinggalkan akk
tapi akk yg lambat tahu
masa tu akk tak dapat nak tahan sedih
mengalir juga air mata akk
terlalu awal Tuhan ambil adik dari kami semua
adik baru usia 20 tahun
tapi akk tahu ajal maut tak mengenal usia
tapi akk tetap redha dengan takdir yang ditentukan
Allah lebih sayangkan adik
sebab tu Allah ambil adik dari kami semua
akk doakan adik dari jauh
akk sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buat adik
semoga adik tenang di sana

malam tu akk baru tahu citer sebenar macam mana pemergian terakhir adik
sangat mengerikan
masa akk dengar citer dari adik Hafis Hafzani
akk terbayangkan muka adik yang putih
senyuman adik tu
tak dapat akk bayangkan bila Hafiz kata
"kalau akk tgk arwah, mesti akk akn tnya btul ke tu Syafiq"
terima kasih Hafiz sebab citerkan kat akk perjalan terakhir arwah

Dari blog 'chik siti' menceritakan sedikit sebanyak perubahan yang ditunjukkan arwah
http://azueeida.blogspot.com/

kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat insan yang bernama
Mohd Syafiq Bin Azman
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman

AMIN...


PSP versus PSA
arwah Syafiq Azman
~akak pernah cakap muka adik sama macam junior akk kt PSA~

Arwah (kanan) bersama Ipin

Kenangan bersama arwah

Senyuman yang manis terukir dibibir arwah

Arwah bersama rakan-rakan JPK

Hana bersama arwah

2 comments:

  1. Replies
    1. siti, akk pon sdih gak.. tiap kli akk rse sdih tu, akk trs trpkir Allah lbh sygkn dia..

      Delete