tEnTaNg DiRikU

My photo
*Nurul Ain Nabilah Bt. Saini *18 Julai 1991

Thursday, May 9, 2013

mereka 1 dalam 1000

assalamualaikum
hye you all

ptg yg menyegarkan ni
ceq nak habaq hangpa sume ~mne plak dtg loghat kedah ni
entri kali ni

1 dalam 1000

siapakah 1
dan
siapakah 1000

sebenarnya tak tahu nak letak tittle ape untuk entri kali ni
tapi entire kali ni khas nak citer buat kakak n abg aku ~bkn kakak n abg kandung yer
 dulu ade rapat ngan sorng abg ni
memang admirer dia la semenjak jamuan pengawas tahun 2007 dulu
tak tahu nama dia
tak tahu no handphone dia
tak tahu kelas mana
serba serbi pasal dia la tak tahu

and lastly bila rasa nak berkawan ngan dia
beranikan diri tanya detail si dia kat sorang kawan dia nie

tahun 2009
bila dpt taw aku 1 poli ngn dia
seronok la jugak
atleast dye senior aku, boleh la aku tanya apa2 yg patut pasal politeknik ni

aku pon tak nak la citer panjang2 pasal dia ni
dia yang aku maksudkan
Aliff Afiq Bin Norizan
~al-fatihah untuk beliau~

malam tadi adik mimpikan abg
adik doakan abg tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang beriman 


Majlis Konvokesyen abg (sijil elektrik)

Masa abg smbung dip kt poli melaka

ingat lagi masa abg keje kt JJ bukit tnggi, adik mnta 1 kasut free



Thank You abg aliff sebab pernah jaga adik sebelum ni.....

 dan ini kak Aisyah Susanti

Sweety Girl

Kak Ecah with Kak Aisyah

aku mula rapat dengan dia semenjak
arwah tinggalkan kami semua
aku ingat lagi masa arwah baru pergi
kak aisyah dtg psa jumpa aku kat depan library
cuma sampai ke hari ini aku masih tak berkesempatan ziarah kubur arwah
dulu masa arwah masih ada
aku ingat lagi aku selalu usik mereka berdua ni
sekarang bila kehilangan seorang
kak aisyah  la yang byk naikkan semangat aku
Thank You kak Aisyah Susanti sebab
akk sentiasa naikkan semangat adk bila adk terjatuh
adik doakan akk akn jumpa pasangan yang boleh membawa akk ke syurga suatu hari nanti

dan ini story mengenai my big brother
Ikhmal Sazali Bin Shafee

dia ni aku kenal semenjak sekolah menengah teknik lagi
abg ikmal ni sama la sekolah ngan arwah abg aliff n kak aisyah
yang membezakan abg ikmal ngn mereka
dyeorg ni sume lain kos
lain kelas
and bukan pengawas
tapi aku kenal abg ikmal semenjak aku join
kelab PBSM
mula2 jadi junior dye je
tak de la rpt sgt pon
sebab jumpa masa hari koko je
masa tu kenal la gak ngn
kak ain, abg fikri, abg munir n yg lain
tapi tak tahu semenjak bila ntah boleh terus rapat ngn abg ikmal
and anggap dia macam abg sendiri
bila terjatuh, abg ikmal tak putus2 bg kata2 semangat
 and now abg ikmal dh ade girlfriend
comel je gf dye ni
'kalau tak silap adik, sekarang ni kiranya abg bercinta jarak jauh la kn ngn dia,
tak dpat la nk jumpa selalu mcm kt tmpt bljr dlu'
tak pe la abg
Allah ingin menguji hubungan abg dan dia
adik doakan
semoga hubungan abg dan dia akan kekal ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat abg dan dia

adik cuma nak kata awek abg comel la ~ini betul2, tak tipu punyer
suka tengok gmbar2 dye dlm fb
hope pilihan abg kali ni, tak salah yer
dia boleh kawan ngan adik
adik pon boleh kawan ngan dia
bukan macam yg lepas :)
 
rasa nya ni la gambar yg Smart sikit :)

kan betul ckp adik, dia memang comel la :)
Thank You abg ikmal sebab sampai ke saat ini abg masih ade untuk adk
adik tak kan lupakan segala kata2 semangat dr abg
Thank You untuk mimi sbb hadir dlm hidup abg ikmal :)
jaga abg ikmal baik2 taw

~ nk tgk gmbr kamoo berdua, lihat la sebelah kiri page ni :) sweet nyer

and lasty nak story pasal my brother yang jauh di sabah sana
aku kenal dia semenjak aku join program ke sabah
dan dia pernah dtg ke poli untuk berdiskusi ngn JPP PSA
disebabkan aku bkn JPP
so aku jarang berhubung ngan dia masa tu
untuk kali kedua dia dtg lg bersama JPKK PKK untuk berdiskusi bersama JPKK PSA
masa tu kami mula rapat semula
bukan hanya dia tapi rapat dengan ahli yg lain
kami semua mcm adik beradik
bila terpisah
hati mula sedih
sebab tak tahu saat bila dapat berjumpa lagi
tapi alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung tanya khabar
teringat kali terakhir mereka semua akan pulang ke sabah
aku tak dapat hantar
tengah hari tu terima mesej dari my brother
'rugi bha kamoo tak de ain, bru ingt nk belanja mcd'
~ amboi abg, mse ain xde la br tringt nk belanja yer.. mse kite g TS dlu ngn mereka sume, tak teringt pulak nk blnja yer :)

ini la dia my brother dr sabah

Anis eddywizwan
sekarang abg yg smart ni pon sudah ade mata  air kan
cinta jarak jauh lagi
sorang di terengganu
sorang di sabah
adik doakan jodoh abg Anis ngan NorAdzieyanna kekal hingga jinjang pelamin
and akhir hayat

Thank You abg anis sbb blh jdi abg utk adik
adk ingt lg mula2 kite kenal bila abg selalu wt permintaan
hehehehe sweet sgt permintaan abg tu
semoga abg berjaya di sana

untuk semua kakak and abg
kamoo semua 1 dalam 1000
tiada siapa yg dpt menggantikan tempat kamoo
bila kehilangan seorang abg
terasa hilang 1 semangat
tapi adik yakin
abg n kakak yg lain masih ade untuk adik
adik doakan kamoo semua berjaya di dunia n di akhirat
dan adik doakan untuk abg2 adik akan bahagia bersama pasangan masing2
and untuk kak aisyah
adik doakan akk akn jumpa someone yang boleh jaga akk

abg n kakak
adik harap hubungan kita akan kekal sehingga ke akhir hayat kita
 mereka la 1 dalam 1000 hidup saya

~ insya-Allah next entri story about my adik-adik  

sebelum terlupa, Thank you untuk si cantik Nasya Farhana sebab tulis about me in ur blog :)
nak taw apa yg cik Nasya tulis, sila klik nama si cantik manis tu

Ceritera Bersama Mereka (Last Part)

Assalamualaikum
Hai guys..

minggu ni terajin sikit, asyik nak update blog jer
ok so last part Ceritera Bersama Mereka
nak habaq hangpa sume
even dah terpisah jauh ngan mereka2 ni sume
tapi diri mereka tetap di hati
macam lirik lagu Aisitheru ni

"Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu"


hari terakhir bersama mereka
ceritanya bermula setelah aku tinggal sementara ngn keluarga sepupu aku
kat TUDM Kuantan
bila rasa rindu kat mereka
cik Elyany menawarkan diri untuk amik aku kat sana n dibawa ke UMP
ape lagi seronok tak terkata la
lagipon memang weekend tu xwt ape kat umh sepupu
and teringat pulak dyeorg2 ni sume ade masuk 
Sukaneka versi Remaja :)

sampai je kat C10,
bilik cik Muna and cik Nad kita serbu
terkedu dyeorg tgk kehadiran kita yg tak diundang tu
hehehe.. maaf la dtg x dijemput
bila perut minta diisi
alkisahnya nak makan roti canai buatan abg kafe tu
sekali kedai dia tutup
makan la 'Kuey Tiaw Tomyam' ~pedas teramat

esoknya aku pon join dyeorg2 ni sume Sukaneka
tapi tugas aku senang je jadi pemerhati
haha.. senang la sgt kan..
sekali aku diberi tugas untuk menjaga segala keperluan yang mereka bwa
and yang paling pnting aku diberi tugas untuk mengambil gambar2 mereka
akhirnya ini la hasilnya sehingga ke malam
mereka pulak diberi tugas oleh aku untuk mengambil gambar2 aku bersama mereka
:)



with cik Shieda

with cik Hajar

with cik Elyany

with cik Nad

muka keletihan menunggu cik Nad

ceria sebelum bersukan


Cantik Tertarik

Bergabung

sory la tak dapat nak letak gmbr kamoo-kamoo tgh bersukan
seronok dapat kumpul sama2 ngan kamoo semua masa tu
tapi tak dpt jmpa cik Jue sbb dia di Johor masa tu ngn program dia

and lastly thank kat cik Muna sbb bg pnjm lappy tgk citer
Suatu Ketika Dahulu sama2 ngn kita
thank kat cik Elyany sbb ssh payah hntr kita blik ke tudm
and bagi tumpang tido kat katil awak ~
hehehe :)
thank jugak kat cik Hajar n cik Shieda sbb bg tumpang bilik kamoo
thank kat cik Nad n kamoo sume sbb temankn kita sampai selamat sampai di Tudm

panjang umur,
ada jodoh,
kita jumpa lagi yer
:'(

p/s : belajar rajin2 taw, all the best.. jgn lupa kat kita taw..



created by :

cik Ain
                                             

Tuesday, May 7, 2013

Ceritera Bersama Mereka (Part III)

assalamualaikum
hai you all

maaf dah lama tak sambung entire ni
kadang-kadang sibuk
kadang-kadang ter 'sibuk'
kadang-kadang saja men 'yibuk'
 :)

ok entire kali ni
nak citer pasal moment2 terakhir bersama mereka

untuk cik munira sajuti 
terima kasih la yer temankan saya g bandar hari tu
untuk uruskan PTPTN
lepas tu kita ke ECM
awak belanja kita PIZZA ~yummy..yummy.
ingat lagi masa tu kita asyik usha minah cina
lepas tu pulak dia hantar lagi set ayam kat kita
haha
muka kita berdua ni ada tengah kelaparan nak makan ayam ke masa tu


nampak tak minah cina belakang kita tu, dye la yg dok menghantar hidangan ayam utk kami berdua lg
cik muna bersama hidangan nya

seronoknya dia

seronok dia dapat letak cheese byk2, kalau blh nk bw blik ltk dlm beg

TQVM cik Munira
 
hidangan kami

terima kasih yer cik Munira Sajuti sebab bawa saya merangkap belanja saya di Pizza Hut ECM

and kali ni nak sambung cerita bersama mereka kat Teluk Chempedak 
untuk kali terakhir bersama mereka, akhirnya dapat jugak ke TC bersama2
tapi agak terkilan sebab tak dapat nak berkelah bersama kamoo semua
apa2 pon tetap happy bersama kamoo semua sebab dapat ke sini bersama2

bersama cik Yani

lunch with them

kami di sini

sweet girls

potret KAMI

kami dr geng Shah Alam

tq encik Hamed bg pnjm kete untuk kami


bersama guru tatabahasa

stesen terakhir mereka

cik Nad bersama pasirnya

bertukar menjadi si kecil



ini la hasil kami di sana
memori tercipta bersama mereka
kenangan manis dan pahit dicipta bersama
Thank You Very Much
MISS you All very very much


it's me

Friday, March 8, 2013

Ceritera Bersama Mereka (Part II)

assalamualaikum
selamat malam semua

entire kali ni nak sambung celoteh Part I
dari situ juga la bermula perkenalan bersama mereka
Elyany, Shida, Hajar, Nad, Madi, Zila, Yana, Muni, Nisa, K. Aini, Mas, Hijrah, Liza
Ir, Syukran, Firdaus, Ayaz, Afiq,
and yang lain

masa tu seronok dapat kenal ngn roomate2 yang selalu meng'hot' kan suasana
shida yang akan menyanyi sendirian bila melayan perasaan depan lappy
hajar yang sentiasa gelak bila mengadap 'running man'
yani yang akan jadi takut bila cicak mula berbunyi

mengenali korang yang
ramah mesra
belajar sama
borak bersama
usik mengusik

belum tiba hujung minggu lagi mesti kita dah rancang macam2
nak ke sana
nak ke sini
akhirnya ada yang selamat mengikut perancangan
dan ada juga yang hanya menjadi angan-angan
~berkelah bersama la menjadi angan-angan~

tempat yang selalu kita tuju
bandar Kuantan
ingat lagi cik Jue tak habis2 ajak ke teluk cempedak ~kat teluk tu bukan ada cempedak pon
akhirnya dapat la juga kita semua jejak kaki ke situ walaupon dalam keadaan hujan renyai
bila terpandang budak2 PLKN
apa lagi kiteorg pon suh la cik Jue nie pernah join dyeorg

Teluk Cempedak

lepas tu kami ke East Cost Mall (ECM) 
pusing2 bangunan tu akhirnya amik kata putus nak tengok wayang
cerita Sinister ~cerita hantu tapi tak de la hantu mana pon
teringat masa tu jeritan cik hajar

Cinema at ECM


bila kebosanan kita berlima keluar bersama
menghilangkan tension
teringat masa tu cik Muna cik Nad cik Yani
bercerita pasal 'paralimpiad pahang 2012'
~
kita tak ingat pulak macam mana topik ni boleh menjadi isu masa tu
Benteng Kuantan
bila pertengahan sem
masing2 sibuk nak mengumpul merit demi menduduki asrama tahun berikutnya
akhirnya kita pon join 1 program ni
'Le Tour De Karisma'
masa tu kita pon jadi la giler2
ingatkan ada explorace yang menyeronokkan
sekali kita dok bertapa dalam dewan tu beberapa jam yang sangat lama
akhirnya kita berjaya menjadi JUARA :)


Group Karisma

Gadis Karisma 2012
~agak2 kita menang tu, dapat merit lebih tak :) 

seronok tak terkata bila kita bersama
lupa sekejap masalah
lupa sekejap cerita segala2 nya di universiti

belajar bersama
bila ada test+kuiz+assignment je
mula la orang tu mesej orang ni
orang ni mesej orang tu
'dah siap assignment?'
'esok kuiz calculus masuk ape?'
'test soil sampai bab berapa?'
sehari sebelum ada test
mesti kita akan berkumpul
berkongsi tips2 yang 'agak' penting untuk subjek tu
masa tu kita lupa untuk enjoy
lupa untuk tidur
lupa untuk tengok movie
lupa segalanya
bila dapat keputusan
macam biasa la
ada yang sedih and ada yang mengembirakan

akhirnya kita semua bakal menghadapi
Final Exam

*tgn dah penat menaip, sambung part three pulak yer :) *

p/s : cik Nad akan menyemak tatabahasa.. credit to cik Nad



written by :-
cik Nurul Ain









Thursday, February 28, 2013

Ceritera Bersama Mereka (Part I)

assalamualaikum
hai kamoo2 semua

ok entire kali ni nak tinggalkan pesanan khas buat
korang yang di kenali
tapi sebelum panjang lebar, ain nak story dulu perjalanan mula2 ain ke sini

masa mula2 dpt tawaran tu, rasa cm nak tak nak je dtg sini
tapi bila pikir balik, ini la peluang
dengan semangat yang ada
ain dtg jugak bertemankan kedua ibu bapa ain

21/09/2012
bermula la langkah pertama ain menjejak kan kaki ke sini
jujur ain cakap, mula2 sedih sebab tak pernah berjauhan dengan keluarga
walaupon ain pernah dilahirkan di Kuantan tapi ain tak pernah rasa membesar di sini
ain rasakan ini la 1 lagi peluang untuk merasa tinggal di negeri kelahiran sendiri
setelah keluarga menghantar ain dan memberikan beberapa kata2 semangat pada ain
ain terus melangkah ke fakulti untuk mendaftarkan diri

mesej dari Syafiq diterima
"ain, kalu lpk mlm ni msg aku.. bosan gile duk bilik..haha.. -perez "
ain pon contact budak2 poli shah alam untuk lepak sama2 mlm tu
hari pertama kita kat situ, rasa macam org luar
tak de sapa kite kenal
selain Jue, Muna, Syafiq, Syaiful, Hamed
dari situ jugak la mula perkenalan
bersama Sepul n Shahrul

ingat lagi masa tu kita sibuk2 nak isi borang pengecualian kredit
kalau boleh semua subjek kita nak transfer, biar terus masuk Tahun 4 ~angan2 semata2
lepas tu bila Jue kata nak beli tiket ke bdr, kita pon sibuk2 nak beli tiket jugak
bak kata Syafiq "aku dtg sini sehelai sepinggang"
kalau tak silap, lepas tu Syafiq Syaiful jadi ceti haram, kutip duit kteorg semata2 nk g bdr
konon nak beli brng2 kt bdr la ktenyer

22/09/2012
destinasi pertama kita ke kedai mkn ~tak ingt pulak ape nma kdai tu
masa tu msing2 mkn nasi
bila bil sampat atas meja, semua tercengang
keluar je dari kedai tu, ingat lagi Shahrul  ckp
"ni la pertama n terakhir aku jejak kaki kt kedai tu, mahal nak mampuih" ~ lbh krng cm tu la dialog dia
lps tu kita semua memborong kat Carrefour
AinMuna n Syaiful jadi pemerhati utk korang2 yg lelaki ni bli brng
masa tu sume plih brng bkn men teliti lagi
ingat lagi Sepul, Syafiq, Shahrul, nak pilih penyangkut belakang pintu
 "agak2 ni brpa kg blh ltk"
"klu seluar ko lg, seluar aq lagi, huh xblh2.. kena amik yg len"
sampai tempat alat tulis
Shahrul kata "xpe, pen2 aq mse dip ade dakwat lg, xyah mmbaziaq"
lepas tu msng2 cri kotak nk letak buku
and lastly teringat Shahrul punya stokin xleh scan
Cashier tu ckp klu nk jugak, kena byr bwah ~demi stokin, shahrul pon byr la kt bwh

kaki kta semua mcm dh nk tercabut
kita rehat kjp kat Terminal
lepas tu teruskan perjalanan ke Mydin
masa tu kita Ain n Syafiq sibuk2 cari 'padlock'
yg len ntah kemana, tiba2 Shahrul pgng stokin n scan kt scanner
dia pon ape lagi "membazir je bli kt sna td" ~ntah ape dye xpuas aty mse tu xingt, tp klu xslap sbb mhal
kita singgah terminal pergi solat,
teringat la masa tu ada salah seorang dr korang dok ngorat 'awek' kat terminal tu
disebabkan si jejaka2 ni yg lbh2 'shopping'
Ain n Muna pon tlng la dok angkut brng2 korang ni
~shopping mengalahkan perempuan, tu la frst n last korang nek bus,
skng msng2 dh de kete, dh tak pndng pon bus tu. kiteorg yg prmpuan ni je msih setia ngn bus
ingat lagi bila nak kuar dr ECM
Shahrul tak bagi kita lalu dppn kdai mkn pagi tu ~serik.. serik..

23/09/2012
kita semua sbuk jumpa kat kafe sbb dok nak bincang sal nak isi borang
'transfer kredit'
dari situ la kenal Mawi
kita pon sbuk2 la dok isi mne2 subjek yg blh 'transfer kredit' dari dip dlu
teringat gak slh sorng dr kita yg dh amik PLKN sibuk jugak nk trnsfer PLKN tu utk Briged Siswa :)

24/09/2012
kelas pertama kita 'calculus'
masa tu kita semua blur, sebab apa??
dah la masuk kls 2 mnggu lmbt
lepas tu pulak bdk2 sbuk dh plangkan kertas kuiz
yang kita ni semua 'zero'
tak tahu apa2 berkaitan 'calculus'
and then
kita semua pakat serang ofis fakulti semata2 nak daftar subjek
masa tu sbuk kita bkn men lagi, sampai ada yg bru dftr sbjek trs ponteng kls lagi
ingat lagi mse tu kita yg prmpuan2 ni cemburu ngn Mawi sbb lynn yg dia dpt baik je dr staf ofis tu

25/09/2012 - 11/01/2013
kuliah kita diteruskan mcm biasa
lepas hbs kls 'calculus' pukul 9 je,mesti lepak kafe mkn sama
segala assignment+kuiz+test
mesti kita dok study skli
teringat la gak, tiap kli nk study
mesti ada org tu bwa lappy skli
katanya peneman la katakan
kita mengajar dpn dia, mata dia kat laptop
brapa minggu lepas kuliah mula
kawan kita Izzat  behenti belajar
masa tu hilang la kwn kita sorng
bila test je, msing2 kbut dok wt stdy group
kalau bab 'calculus' cikgu ni yang ajarkan
bab 'soil mechanics' cikgu len pulak
bab 'engineering mechanics' cikgu len jugak
start dari situ, kita bina 1 group utk memudahkan kita semua berhubung
'Untuk Kita-Kita Aje'


* tgn dah penat menaip, sambung part two la pulak yer :) *




Monday, February 25, 2013

Al-Fatihah buat insan Mohd Syafiq Bin Azman


assalamualaikum semua
dah lama tak update blog kat Dilensa Sana Sini macam2 story nak dikongsi bersama
tapi sebelum story2 memenuhkan ruang blog ni
coretan kali ni berkisarkan perkenalan dan pemergian terakhir buat
arwah adik Mohd Syafiq Bin Azman

21/10/2011
hari pertama kaki akk menjejak kaki ke Politeknik Seberang Prai (PSP)
untuk Program Lawatan Ilmiah ke PSP

22/10/2011
hari kedua sesi perkenalan dengan JPK PSP
bila pertama kali terpandang adik
akk teringat junior akk kat PSA (kos mekanikal)
senyuman adik, sungguh manis
ramah adik, melembutkan

23/10/2011
pagi tu kami dah nak balik PSA
akk tercari2 mana adik
bila akk naik bas tu, akk ternampaka adik berlari2
adik kata adik bangun lambat pagi tu, so adik minta maaf sbb tak dpt brkfst sme, adik dh lmbt nk g kelas
sempat jugak akk minta no adik sebelum tu
on the way akk balik ke KL
adik la org pertama akk msej, kita sgt rpat mse tu dik
akk suh akk kongsi sgala aktiviti dlm JPK
adik citer psal diri adik
bila akk online, akk tunjuk kat adik gambar yang akk kata sama muka cm adik tu

25/10/2011
kali pertama kita chat kat facebook

bila akk sem 6,
adik bgtaw akk adik kena jdi pngrah program
masa tu adik tkut sgt, akk suh adik bersabar
akk kata adik mesti boleh buat yang terbaik
akk doakan yang terbaik untuk adik akk ni
adik still kata takut lagi sbb ni kali pertama adik kendalikan program
akk kata "cool yer"
akhirnya akk suh adik senyum macam ni  :)
tapi adik jelirkan lidah kat akk :p

2012
akk pegi p.pinang ngan family akk
akk ade terkol no adik kalau tak silap
lepas tu adik kol akk balik
masa tu tempat akk pegi jauh dari tempat adik
kalau tak, inshaaAllah kita boleh jumpa

15/09/2012
tu la last kita chat
akk bgtaw adik akk dapat sambung dgree
adik tny nape kat mana
akk kata kat pahang
adik kata kalau kat p.pinang boleh kita jumpa

and lepas dari tu ada sehari akk tersalah chat ngan adik
kira nya tu la yang terakhir akk berhubung ngan adik

24/02/2012
akk on9 akk terbaca berita pemergian adik dari facebook 'adhwa shamim'
masa tu akk rasa macam tak percaya
macam akk baru bangun dari mimpi
akk terus cari facebook adik, tak jumpa
akk buka facebook kawan2 adik
masa tu sume tersebar berita pemergian adik
masa tu baru akk rasa perkara ni akk perlu percaya
akk terkejut sangat
rupa nya dah 2 hari adik tinggalkan akk
tapi akk yg lambat tahu
masa tu akk tak dapat nak tahan sedih
mengalir juga air mata akk
terlalu awal Tuhan ambil adik dari kami semua
adik baru usia 20 tahun
tapi akk tahu ajal maut tak mengenal usia
tapi akk tetap redha dengan takdir yang ditentukan
Allah lebih sayangkan adik
sebab tu Allah ambil adik dari kami semua
akk doakan adik dari jauh
akk sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buat adik
semoga adik tenang di sana

malam tu akk baru tahu citer sebenar macam mana pemergian terakhir adik
sangat mengerikan
masa akk dengar citer dari adik Hafis Hafzani
akk terbayangkan muka adik yang putih
senyuman adik tu
tak dapat akk bayangkan bila Hafiz kata
"kalau akk tgk arwah, mesti akk akn tnya btul ke tu Syafiq"
terima kasih Hafiz sebab citerkan kat akk perjalan terakhir arwah

Dari blog 'chik siti' menceritakan sedikit sebanyak perubahan yang ditunjukkan arwah
http://azueeida.blogspot.com/

kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat insan yang bernama
Mohd Syafiq Bin Azman
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman

AMIN...


PSP versus PSA
arwah Syafiq Azman
~akak pernah cakap muka adik sama macam junior akk kt PSA~

Arwah (kanan) bersama Ipin

Kenangan bersama arwah

Senyuman yang manis terukir dibibir arwah

Arwah bersama rakan-rakan JPK

Hana bersama arwah

Tuesday, February 5, 2013

Untuk 3 Hari

assalamualaikum

hai semua..
waaa dah berhabuk rasanyer 'BLOG pinky2' nie ~hehehehe, jgn nk pinky sgt yer
selama sebulan bertapa kat rumah nie gara2 cuti semester banyak benda la yang
dapat aku lakukan ~byk la sgt kn
-makan
-tidur
-baca novel
-tengok tv
-mesej
- 'calling'   

ha tgk banyak la sgt kn
hari2 lakukan benda yang sama sampai naik bosan jadinyer
eh CHOP2!!
mesti semua org tertnya ape la pulak berkaitan tajuk entire kali ni
hehehe.. ok2, ni baru mukadimah, so nak mulakan la nie

1/2/2013
bermula bulan baru, mula la rutin baru, mula la cipta kenangan baru
hari nie aq pergi ke PSA ditemani my cousin
ambik 'transkrip exam' & 'result muet'
 lepas tu terus ke kafe asrama jumpa my lectrur
dah habis berborak semua terus la ke PW
ape lagi, jumpa adik beradik JPKK N warden2
seronok gak dapat lepas rindu dengan dyeorg semua
dpt jumpa aten, kak mas, maziah, iqin, fina, nasya, angah, ridzuan, yusry, 
fatin, farah, kak liza, kak fizan, mama
even tak semua yg ku kenal, tapi 
aku bersyukur sebab hubungan adik beradik kami tak pernah padam
dah puas menghabiskan masa dgn dyeorg semua
masa untuk aku mengundurkan diri
dan destinasi seterusnya ke
Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC
akhir nya dapat la jugak capai 1 novel utk dibeli

~Jauh Dari Cinta~

baca sinopsis macam menyeronokkan tapi yang penting buku ni belum dibuka pembalutnya lagi
sampai la ke saat ni sebabnyer masa sekarang byk dihabiskan dengan novel yg dipinjam dari cik adik manis, maziah

~Suami Aku Ustaz~



org kata best novel ni
so tanpa membuang masa novel ni la yg dimulakan dulu sebelum novel jauh dari cinta
lagipon dgr cter, novel ni akn diaptasikan dlm drama bulan 5 ni
so sebelum ditayangkan, baik aku menalaah novel ni dulu

2/2/2013
setelah minggu lepas, aku menghadirkan diri dlm kursus KPP selama 5 jam
and hari ni bermula la utk aku menghadirkan diri dalam  Test Com 
alhamdulillah akhirnya aku lulus test tu and aku amik keputusan untuk melangkah ke tangga seterusnya
balik je rumah, aku terus siap2 utk ke majlis kahwin
org kata hari tu penat tak terkata la
dari pagi tak berehat sampai la ke malam
tapi bila dipikirkan balik dengan keputusan yg aku dapat
keletihan tu semua dah tak terasa lagi

3/2/2013
akhirnya aku melangkah ke tangga seterusnya untuk menghadirkan diri kelas Amali
akhirnya selama 3 jam tu aku dapat mengakhiri kelas tu dan menunggu masa
untuk diberikan lesen L iaitu lesen belajar memandu
alhamdulillah hanya 3 hari aku dapat menghabiskan langkah2 untuk memperoleh lesen tersebut
petang tu baru la dpt rasa lega kerna sumenya sudah selesai utk dpatkan lesen L

even 3 hari ni berturut2 program memenuhi diriku
tapi aku tetap bersyukur n lega sebab semuanya berjalan dgn lancar
n memuaskan hati ku

seronok tak terkata

thankz to you all