tEnTaNg DiRikU

My photo
*Nurul Ain Nabilah Bt. Saini *18 Julai 1991

Tuesday, February 5, 2013

Untuk 3 Hari

assalamualaikum

hai semua..
waaa dah berhabuk rasanyer 'BLOG pinky2' nie ~hehehehe, jgn nk pinky sgt yer
selama sebulan bertapa kat rumah nie gara2 cuti semester banyak benda la yang
dapat aku lakukan ~byk la sgt kn
-makan
-tidur
-baca novel
-tengok tv
-mesej
- 'calling'   

ha tgk banyak la sgt kn
hari2 lakukan benda yang sama sampai naik bosan jadinyer
eh CHOP2!!
mesti semua org tertnya ape la pulak berkaitan tajuk entire kali ni
hehehe.. ok2, ni baru mukadimah, so nak mulakan la nie

1/2/2013
bermula bulan baru, mula la rutin baru, mula la cipta kenangan baru
hari nie aq pergi ke PSA ditemani my cousin
ambik 'transkrip exam' & 'result muet'
 lepas tu terus ke kafe asrama jumpa my lectrur
dah habis berborak semua terus la ke PW
ape lagi, jumpa adik beradik JPKK N warden2
seronok gak dapat lepas rindu dengan dyeorg semua
dpt jumpa aten, kak mas, maziah, iqin, fina, nasya, angah, ridzuan, yusry, 
fatin, farah, kak liza, kak fizan, mama
even tak semua yg ku kenal, tapi 
aku bersyukur sebab hubungan adik beradik kami tak pernah padam
dah puas menghabiskan masa dgn dyeorg semua
masa untuk aku mengundurkan diri
dan destinasi seterusnya ke
Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC
akhir nya dapat la jugak capai 1 novel utk dibeli

~Jauh Dari Cinta~

baca sinopsis macam menyeronokkan tapi yang penting buku ni belum dibuka pembalutnya lagi
sampai la ke saat ni sebabnyer masa sekarang byk dihabiskan dengan novel yg dipinjam dari cik adik manis, maziah

~Suami Aku Ustaz~



org kata best novel ni
so tanpa membuang masa novel ni la yg dimulakan dulu sebelum novel jauh dari cinta
lagipon dgr cter, novel ni akn diaptasikan dlm drama bulan 5 ni
so sebelum ditayangkan, baik aku menalaah novel ni dulu

2/2/2013
setelah minggu lepas, aku menghadirkan diri dlm kursus KPP selama 5 jam
and hari ni bermula la utk aku menghadirkan diri dalam  Test Com 
alhamdulillah akhirnya aku lulus test tu and aku amik keputusan untuk melangkah ke tangga seterusnya
balik je rumah, aku terus siap2 utk ke majlis kahwin
org kata hari tu penat tak terkata la
dari pagi tak berehat sampai la ke malam
tapi bila dipikirkan balik dengan keputusan yg aku dapat
keletihan tu semua dah tak terasa lagi

3/2/2013
akhirnya aku melangkah ke tangga seterusnya untuk menghadirkan diri kelas Amali
akhirnya selama 3 jam tu aku dapat mengakhiri kelas tu dan menunggu masa
untuk diberikan lesen L iaitu lesen belajar memandu
alhamdulillah hanya 3 hari aku dapat menghabiskan langkah2 untuk memperoleh lesen tersebut
petang tu baru la dpt rasa lega kerna sumenya sudah selesai utk dpatkan lesen L

even 3 hari ni berturut2 program memenuhi diriku
tapi aku tetap bersyukur n lega sebab semuanya berjalan dgn lancar
n memuaskan hati ku

seronok tak terkata

thankz to you all


Saturday, December 22, 2012

kenangan semasa Ujian Soils

assalamualaikum
hai sume..

ok, hari ini nak kongsi citer pasal ujian soils mechanics baru2 ni tanggal 19/12/2012
masa tu hanya tawakal saja setelah kertas soalan diberikan pada semua pelajar
buka2 soalan, bersyukur tak terhingga sebab nampak 1 soalan yang dalam fikiran,
insya-Alla boleh buat yang terbaik.

nak dijadikan citer, ptg tu mmber minta tlong ajr sbjek tu.
alhamdulillah boleh bntu dye yg mne mampu,
thankz to my roomate sbb dh ajr mlm tu, so alhamdulillah dpt mengajar org lain pula.

tiba malam tu setelah kertas soalan di depan mata, dimulakan dengan bismillah,
cuba jawab dengan tenang, dalam tenang2 tue.. 
kertas graf pertama di renyukkan
kemudian
kertas graf kedua pula di renyukkan
kemuadian
'encik, nak kertas graf''
'nak berapa'
'1 pon cukup'
'tak pe 4 sya bg'

dengan senyuman,
aku meneruskan melukis graf yang sepatutnya siap setengah jam yang lalu
tiba2
'ain'
aku menoleh ke kanan sambil terpadang kertas yg ditunjukkan
'4 kotak 100'
lalu aku pun tersenyum..
thankz to him..hehe..akhirnyer siap juga graf aku..
itu la yg dikatakan jika kita menolong org, insya-Allah org itu akn tolong kite pula..
mungkin disebabkan petang tu, aku telah mengajar dia dan kawan2 yg lain,
lalu malam tu dia pula membantu ku..

setelah sejam berlalu..
tiba2...
PRRRRAAANNNGGGGGGGGGG.......... !! 
~bunyi buku+pensil box besi+kertas2 berterbangan jatuh ke lantai
dengan muka selamba nyer tersenyum pabila semua menoleh ke tempat ku
maaf..maaf..hehe

sambil aku mengutip kesemua barang2 yg bertaburan kat lantai td..
tiba2..
pengawas merangkap encik yang menjaga ujian tu menghampiri tempat aku,
lalu....
'nah... sya bg kerusi untuk awk..'
hehe..aku pun tersenyum lalu meletakkan kesemua brang td di kiri kerusi aku..
setela itu, aku mengambil kertas soalan yg berada di kanan kerusi aku..
tiba2 suara td muncul kembali..
'amboi..tamak smpi kiri knan kerusi..'
~dlm aty aku berkata...hehe..maaf encik..maaf...mmg cm ni klu dh klam kabut sgt, kerusi n meja diberikan kecik sgt, so terlanggar la kerusi sebelah...hehe...

akhirnyer jam 10 suku tamat la sudah test soils mechanic
harap semua berjaya memperoleh markah yg cemerlang n dapat mengapai markah yg ditarget... :)

~nasib bek encik yg jaga kelas aku tu baik.. so xheran la klu dye x mrah2 mse brng2 aku jatuh tue...tq encik...

Sunday, December 2, 2012

hujung minggu di bandar KUANTAN+PEKAN


assalamualaikum
hai kamoo semua :)

entire kali nie nak story
sal berjalan2 di tmpt kelahiran KUANTAN

hai kuantan

 destinasi petama ke TC (teluk cempedak)
disebabkan hujan turun dengan renyai, kami tetap ke sana
konon2 nk tengok pemandangan di tepi pantai di waktu pagi la tue
alih2 penuh ngn dak plkn, peduli kan mereka semua
yang penting kami boleh posing
:)

sehening embun pagi

kami ber 9

kami dr PSA :)

destinasi ke dua ke EC Mall (East Cost Mall)
tmpt pertama yg dituju 
"ROTI BOY"
haha.. ape yg istimewa sgt ngn roti tu pon xtaw larh
tmpt kedua yg dituju
"kedai aksesori laptop"
dan akhirnyer perut masing2 dah mendendangkan lagu keroncong
so tmpt ketiga dituju
"Food Court"
setelah perut masing2 diisi
tmpt keempat dituju
"Cinema"
'bang, cter sinister 9 seat"
'RM 99 dik'
cter nie berkisarkan hantu
tp aku tgk cter ni asyk gelak2 jer
cuma ade 1 part tu je aku menjerit
tu pon sbb tbe2 sound effect dye kuat pulak
hahaha
akhirnyer kami g solat bersama2
dan sebelum menaiki kereta
aku sempat membeli sepasang kasut 
hehe ~maaf la ibu, ain berkenan pulak ngn kasut nie


hitam+merah kesukaan ku

my hard disk

pinky :)

sinister
~mentang2 cter hantu, huruf  's' pon blh hilang pulak

dan dsetinasi yang terakhir di rumah my roomate
tak sempat nak amik gambar makanan yg terhidang tue
laju je dh masuk perut kami semua
~thankz mak yani, sbb mkcik msak :)

alhamdulillah jam 9.00 malam perjalanan kami selamat tiba di kolej kediaman
perjalanan akan disambung esok ke program seterusnya di Pekan

dan akhirnya ini la hasil posing kami di program 
'Le Tour De Karisma di Pekan'

seronok pula mewarna nie

ini lah hasilnya :)

PEACE :)


insya-Allah kami la bakal engineer akan dtg

we all shorter

hero kumpulan kami

ini pula heroin nya

tempat kedua akhirnya

berakhirlah kisah kami di hujung minggu bersama-sama
 :)


*24-25 / 11 / 2012 *